Friday, 20 December 2013

Terjemahan Pandang 3

TEKS SUMBER
PENGGUNAAN GENKIMO DALAM MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN  KELESTARIAN PERTANIAN
GENKiMO adalah satu lagi Teknologi Hijau yang telah terbukti dapat membantu industri pertanian Negara bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat melalui pengwujudan satu sistem penternakan dan pertanian mesra alam dan masyarakat. Melalui sistem ini tidak akan ada lagi masalah bau dan lalat daripada aktiviti ladang-ladang ternakan. Tanah-tanah pertanian dapat ditingkatkan kesuburannya dan ini sekaligus dapat meningkatkan hasil dan pendapatan petani. Bahan buangan industri pertanian dapat dikitar semula dan diproses menjadi bahan yang mempunyai nilai tambah seperti makanan ternakan dan baja bio-organik. Melalui sistem ini, pertanian lestari yang membudayakan Teknologi Hijau sebagai sebahagian konsep Pertanian Putih di dalam kehidupan dapat dibangunkan bagi kebaikan seluruh masyarakat dan lebih-lebih lagi ke arah menyediakan alam sekitar yang lebih terjamin kepada generasi akan datang.
Baja bio-organik yang bermutu tinggi boleh dihasilkan daripada bahan-bahan kumuhan seperti tinja-tinja ternakan, lebihan makanan ternakan, bahan buangan pertanian dan lain-lain. Pemprosesan baja bio-organik telah mula diusahakan berabad yang lalu dengan berbagai kaedah tradisional. Kini, dengan berkembangnya kaedah bioteknologi, penggunaan mikroorganisma efektif atau bakteria berkesan atau bakteria baik telah diperkenalkan. Produk mikrobial probiotik GENKiMO atau bakteria berkesan yang dihasilkan oleh MARDI dan dipasarkan melalui Syarikat Dazzling Destiny Sdn. Bhd. Bakteria berkesan  telah diterima pakai oleh banyak pihak bagi penghasilan baja bio-organik berasaskan tinja ternakan mahupun bahan buangan industri sawit seperti shredded EFB (empty fruit bunch). Kewujudan teknologi GENKiMO juga telah membuka ruang baru dalam perniagaan dan memberi peluang perniagaan memandangkan pada kepentingannya dalam memelihara alam sekitar. GENKiMO ialah sejenis produk bioteknologi yang bermaksud “mikroorganisma probiotik yang sihat”. Ia adalah sejenis bahan probiotik yang mengandungi mikroorganisma hidup yang kebanyakannya terdiri daripada jenis mikroorganisma yang kecil dan bersel satu seperti lactobacillus, yis dan bakteria fototropik. GENKiMO dihasilkan melalui proses fermentasi dan pencirian secara semulajadi yang mengunakan 100% bahan daripada persekitaran tempatan. Kandungan bakteria berfaedah/efektif, enzim dan aisd-asid organan membantu dalam meningkatkan kesihatan dalaman ternakan, meningkatkan kualiti persekitaran, meningkatkan daya tumbesaran tumbuhan dan ketahanan kepada penyakit, mempercepatkan daya pereputan bahan organik, mengembalikan kesuburan tanah, meningkatkan daya serapan nutrient oleh akar tumbuhan, meningkatkan daya rintang terhadap penyakit dan lan-lain.
Faedah Penggunaan GENKiMO
Penggunaan GENKiMO di dalam penghasilan baja bio-organik telah mendapat perhatian ramai disebabkan kesannya yang amat baik terhadap prestasi tanaman seperti rumput pastura, tanaman kelapa sawit, padi, jagung, koko, karas, roselle dan lain-lain. Disamping baja bio-organik tersebut dapat meningkatkan kesuburan tanah, teknologi GENKiMO ini juga didapati dapat meningkatkan ketahanan pokok terhadap serangan serangga dan penyakit selain penggunaan baja bio-organik ini memerlukan jumlah penggunaan yang kurang berbanding baja-baja organik lain. Selain daripada itu, keperluan baja kimia dapat dikurangkan sehingga separuh daripada keperluan asal dan ini dapat memberi penjimatan kos yang besar terhadap satu-satu projek pertanian.
Jenis-Jenis produk GENKiMO
Bahan aktif probiotik yang terdapat dalam GENKiMO bertindak secara efektif dan berkesan bagi penambahbaikan penghasilan silaj, sebagai minuman probiotik dan makanan aditif ternakan (lembu/kambing/biri-biri/ayam/itik/akuakultur), bahan penambahbaikan penghasilan baja bio-organik (kompos), agen penyahbau busuk dan lalat, dan agen penambahbaikkan dalam pertanian.
1. GENKiMO Fauna
- Sebagai bahan probiotik dalam minuman dan makanan ternakan. Mengandungi bakteria asid laktik, yis dan bakteria fototropik.
2. GENKiMO-Odor removal
- Digunakan bagi mengatasi masalah pencemaran bau dan lalat pada ladang-ladang ternakan, persekitaran dan kawasan pelupusan sampah.
3. GENKiMO-Flora
- Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman/tumbuh-tumbuhan.
4. GENKiMO-Composeed
- Mengandungi koloni bakteria terpilih pengurai bahan organik dan pengaktif mikrobial tanah dan vitamin tanah serta bakteria berfaedah seperti Trichoderma dan Mycorrhizae.
5. GENKiMO-Bio
- Bahan aditif makanan ternakan mengandungi probiotik, bakteria efektif terpilih, enzim dan asid amino.
Kajian kesan penggunaan baja bio ESPEK Livestock ke atas prestasi tanaman jagung. Gambar menunjukkan keadaan pokok-pokok jagung yang di tanam di atas tanah berpasir yang menggunakan 100% organik iaitu hanya menggunakan baja bio-organik GENKiMO. Daripada analisa yang dibuat, menunjukkan pokok jagung tersebut tumbuh dengan amat baik. Keadaan buah jagung juga menunjukkan prestasi yang baik, namun begitu adalah dicadangkan agar menggunakan sedkit tambahan baja NPK Blue (12:12:17) bagi mencapai tahap yang lebih baik.
Pertumbuhan akar menunjukkan pengakaran yang amat baik bagi tumbuh-tumbuhan (Gambar). Selain daripada penggunaan baja bio organik, semburan dengan GENKiMO Flora pada pencairan 1:700 dilakukan sekali pada setiap minggu.
Hasilnya juga menunjukkan bahawa tanaman jagung tersebut bebas sepenuhnaya daripada serangan penyakit dan serangga. Setelah penuaian hasil dilakukan, peratus purata berat batang jagung adalah 1.6kg/batang berbanding jagung biasa pada 0.5kg/batang. Menggunakan andaian ini, adalah boleh dianggarkan bahawa jumlah batang jagung yang boleh dituai untuk penghasilan makanan ternakan ialah sebanyak 84.8 MT setiap musim berbanding hanya 26.5 MT bagi tanaman jagung biasa setiap musim. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 220%.





Situasi: Diminta menjadi jurucakap bagi pihak Syarikat Dazzling Destiny Sdn. Bhd. untuk lawatan pelabur dari luar negara bagi melihat dan mendengar tentang produk pertanian GENKiMO.
Masalah yang dihadapi:
Ayat yang panjang.
Teks Sumber
Terjemah Pandang
Cadangan
Catatan
Tanah-tanah pertanian dapat ditingkatkan kesuburannya dan ini sekaligus dapat meningkatkan hasil dan pendapatan petani serta bahan buangan industri pertanian dapat dikitar semula dan diproses menjadi bahan yang mempunyai nilai tambah seperti makanan ternakan dan baja bio-organik
The fertility of Agricultural lands can be improved and can increase the yield and income of farmers.  Industrial waste can be recycled and processed into value-added materials such as animal feed and bio-organic fertilizer.


Kandungan bakteria berfaedah/efektif, enzim dan asid-asid organan membantu dalam meningkatkan kesihatan dalaman ternakan, meningkatkan kualiti persekitaran, meningkatkan daya tumbesaran tumbuhan dan ketahanan kepada penyakit, mempercepatkan daya pereputan bahan organik, mengembalikan kesuburan tanah, meningkatkan daya serapan nutrient oleh akar tumbuhan, meningkatkan daya rintang terhadap penyakit dan lain-lain.
Effective bacterial content, enzymes and organic acid help to improve internal health of livestock, environmental quality, enhance plant growth and resistance to disease. It can also accelerate the decomposition of organic matter, restore soil fertility, improve nutrient absorption by the roots, enhance resistance to disease and etc.


Disamping baja bio-organik tersebut dapat meningkatkan kesuburan tanah dan teknologi GENKiMO ini juga didapati dapat meningkatkan ketahanan pokok terhadap serangan serangga dan penyakit selain penggunaan baja bio-organik ini memerlukan jumlah penggunaan yang kurang berbanding baja-baja organik lain.
In addition, the bio-organic fertilizer can improve soil fertility. GENKiMO technology is also found to increase plant resistance to insect and disease and use of bio-organic fertilizer require less amount than other organic fertilizers.





Padanan Istilah Dalam Bahasa Sasaran
GENKiMO adalah satu lagi Teknologi Hijau yang telah terbukti dapat membantu Industri Pertanian Negara bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat melalui pengwujudan satu sistem penternakan dan pertanian mesra alam dan masyarakat
GENKiMO is the acronym for the Effective Microbes or good bacteria is another Green Technology that has been proven to help National Agricultural Industry to improve quality of life through the creation of a system of farming and green agriculture and society.


pertanian lestari yang membudayakan Teknologi Hijau sebagai sebahagian konsep Pertanian Putih di dalam kehidupan dapat dibangunkan bagi kebaikan seluruh masyarakat dan lebih-lebih lagi ke arah menyediakan alam sekitar yang lebih terjamin kepada generasi akan datang.
Conservative/sustainable agriculture which uses the green technology as one of the White Agriculture concept be developed for the benefit of the whole community provide a more secure environment for generations to come.


Produk mikrobial probiotik GENKiMO atau bakteria berkesan yang dihasilkan oleh MARDI
GENKiMO microbial probiotic product or effective micro organism produced by MARDI


Bahan aktif probiotik yang terdapat dalam GENKiMO bertindak secara efektif dan berkesan bagi penambahbaikan penghasilan silaj, sebagai minuman probiotik dan makanan aditif ternakan

The probiotic active material which found in  GENKIMO act effectively and efficiently to improve the production of silage/wastelage,  probiotic drink and animal feed additives



Mengandungi bakteria asid laktik, yis dan bakteria fototropik.

Consists of lactic acid bacteriayeast and phototropic bacteria.



















No comments:

Post a Comment