Sunday, 10 November 2013

Terjemahan Pandang 2

ORKID
Teks Tumbuh-Tumbuhan BM-BI

Orkid tergolong dalam keluarga Orchidaceae iaitu famili yang mempunyai banyak perbezaan dari segi bentuk bunga dan pokok bagi menentukan genus dan spesies. Terdapat lebih daripada 111 genus dan 808 spesies orkid di Malaysia.
Pada amnya, pokok orkid boleh dikenali melalui bentuk bunga, akar, daun dan batangnya. Walau bagaimanapun, bunga adalah bahagian pokok yang paling sesuai digunakan atau dilihat untuk mengenalpasti genus tanaman orkid. Secara umum, orkid komersil boleh dikelaskan kepada dua jenis kumpulan yang besar, iaitu orkid simpodium dan monopodium.

Simpodium adalah cara pertumbuhan yang berakhir dengan pengeluaran bunga. Orkid dalam kumpulan ini boleh tumbuh sama ada di atas pokok (epifit) atau di atas tanah (terestrial). Batang pokok berbentuk seperti bebawang semu, menjalar dan mempunyai pertumbuhan dua atau berbagai hala. Ia mempunyai bebawang semu yang panjang beruas-ruas atau pendek tanpa beruas. Akar dan daun akan terbit daripada bebawang semu manakala tunas baru pula akan mengeluarkan bunga apabila matang. Genus-genus orkid komersil yang terdapat di dalam kumpulan simpodium ialah Oncidium, Cattleya dan Dendrobium.
Monopodium adalah cara pertumbuhan yang tidak berakhir dengan pengeluaran bunga. Batangnya kecil dan diliputi oleh upih-upih daun. Akar udara yang keluar daripada batang terpaksa menembusi upih daun. Batang orkid monopodium tidak bercabang dan boleh mengeluarkan tunas-tunas baru selepas dipotong. Keratan batang kemudian di tanam di dalam pasu di atas tanah yang tidak lembab. Genus-genus komersil yang terdapat di dalam kumpulan monopodium ialah Venda, Arachnis, Renanthera, Aranda dan Mokara.
Bunga orkid adalah daripada sepal, petal, stamen dan pistil yang mempunyai daun urat selari. Gabungan stamen dan pistil dinamakan kolum. Di bahagian luar sepusar bunga ada tiga kelopak sepal manakala di sebelah dalamnya pula terdapat dua kelopak petal.

Kelopak petal ketiga berubah bentuk menjadi labelum atau bibir. Kolum mengandungi cepu debunga di bahagian atas, stigma di bahagian tengah dan benang sari di bahagian bawah. Debunga terletak dalam pundi yang dipanggil polinia dalam bilangan yang genap 2-12. Ovari terletak bawah sepal dan berfungsi sebagai tangkai bunga atau pedisel. Setelah persenyawaan, ovari akan membesar menjadi buah orkid yang mengandungi biji benih.
Penghasilan bunga banyak bergantung kepada keadaan 'photoperiodic' dan suhu sekitaran. Untuk orkid Dendrobium, Oncidium, Cattleya dan Phalaenopsis, pokok akan terangsang untuk berbunga selepas terdedah kepada masa gelap/malam yang panjang. Oleh itu, pokok orkid jenis tersebut perlu naungan untuk menggalakkan pengeluar orkid jenis Aranda, Aranthera, Arachnis, Mokara, Renanthera dan Vanda akan hanya terangsang mengeluarkan bunga setelah di dedahkan kepada matahari sepenuhnya. Oleh itu, orkid jenis ini tidak memerlukan naungan pada peringkat matang.
Jangkamasa matang bagi setiap orkid berbeza-beza antara genus, spesis, hibrid dan jenis bahan tanaman yang digunakan. Ia bergantung kepada sifat-sifat semulajadi bahan genetik yang terdapat dalam setiap jenis dan varieti. Pada kebiasaanya pokok-pokok yang dihasilkan dari biji benih mengambil masa 1-3 tahun untuk matang, manakala pokok-pokok yang dihasilkan dari bahan keratan tampang mengambil masa antara 4-12 bulan bergantung kepada saiz dan pokok induk dari mana keratan tersebut di ambil.

Menanam orkid adalah satu hobi yang menarik, menceriakan dan terapeutik sekiranya kita memahami ciri-ciri dan keperluan spesifik jenis orkid yang ditanam. Terdapat beberapa faktor asas yang perlu diambil kira untuk mencapai kejayaan di dalam penanaman bunga orkid. Namun, ramai yang lebih suka membeli dari menanamnya.
Pada kebiasaannya, kecantikan bunga merupakan kriteria utama bagi peminat orkid apabila membeli orkid. Membeli pokok orkid yang sedang berbunga merupakan satu panduan penting. Walaupun harganya agak mahal, namun, kita dapat mengetahui bahawa pokok itu sudah matang dan sekira dijaga dengan baik ianya akan berbunga lagi. Tambahan pula, jenisnya dapat diketahui dan ini memudahkan bagi penyediaan keperluan penjagaan kerana setiap jenis orkid berbeza keperluannya.
Fungsi dan Kegunaan Pokok Orkid
Jualan orkid berpasu
Jualan keratin bunga
Jualan orkid pada pasu gantung
Hiasan majlis rasmi
Hiasan halaman rumah
Hadiah
Kaedah Pembiakan Orkid
Guna biji benih
Guna keratin
Guna belahan rumpun
Guna kultur tisu
Cara Menanam Orkid
Masukkan separuh ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa ke dalam pasu
Letakkan anak pokok orkid di tengah pasu
Masukkan ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa hingga ¾ ke dalam pasu

Siram (dua kali sehari bila cuaca panas) (bila hujan tidak perlu disiram)

Situasi: Pesta Floral Putrajaya yang berlangsung dari 22 – 30 Jun 2013. Temanya ialah orkid yang merupakan khazanah tropika.
Masalah yang dihadapi oleh kumpulan kami semasa menterjemah pandang:
Ayat yang panjang.
Contoh:
Teks Sumber
Terjemah Pandang
Cadangan
Catatan
Pada amnya, pokok orkid boleh dikenali melalui bentuk bunga, akar, daun dan batangnya. Walau bagaimanapun, bunga adalah bahagian pokok yang paling sesuai digunakan atau dilihat untuk mengenalpasti genus tanaman orkid. Secara umum, orkid komersil boleh dikelaskan kepada dua jenis kumpulan yang besar, iaitu orkid simpodium dan monopodium.
Orchid trees can be known through the form of flowers, roots, leaves and stem costs. However, flowers are the perfect to identify the genus of the orchids. Generally, commercial orchid can be classified into two, simpodium and monopodium.


Menanam orkid adalah satu hobi yang menarik, menceriakan dan terapeutik sekiranya kita memahami ciri-ciri dan keperluan spesifik jenis orkid yang ditanam.
Planting orchid is an interesting hobby, if we understand the needs of specific types of cultivated orchids.


Fungsi dan Kegunaan Pokok Orkid
Jualan orkid berpasu
Jualan keratin bunga
Jualan orkid pada pasu gantung
Hiasan majlis rasmi
Hiasan halaman rumah
Hadiah
Uses Of Orchid Plants
Sales
Decoration
Gift



Padanan istilah dalam bahasa sasaran
Teks Sumber
Terjemah Pandang
Cadangan
Catatan
Batang pokok berbentuk seperti bebawang semu, menjalar dan mempunyai pertumbuhan dua atau berbagai hala. Ia mempunyai bebawang semu yang panjang beruas-ruas atau pendek tanpa beruas.
Trees shaped like a pseudo bulbs are, grow up and have double or multiple. It has a pseudo bulbs are long segmental box or short without segmental.


Monopodium adalah cara pertumbuhan yang tidak berakhir dengan pengeluaran bunga. Batangnya kecil dan diliputi oleh upih-upih daun. Akar udara yang keluar daripada batang terpaksa menembusi upih daun.
Monopodium is the way growth does not end with the production of flowers. Lower stem small and covered by leaf sheath. Air root out of the trunk had to penetrate leaf sheath.


Bunga orkid adalah daripada sepal, petal, stamen dan pistil yang mempunyai daun urat selari. Gabungan stamen dan pistil dinamakan kolum. Di bahagian luar sepusar bunga ada tiga kelopak sepal manakala di sebelah dalamnya pula terdapat dua kelopak petal.

The orchid flower is from calyx, petal, stamens and pistils which has parallel vein. A combination of their stamens and pistils in spirals as the column. On the outside anisomerous has three calyx while next to it, there are two shade petals.


Kelopak petal ketiga berubah bentuk menjadi labelum atau bibir. Kolum mengandungi cepu debunga di bahagian atas, stigma di bahagian tengah dan benang sari di bahagian bawah.
The third petal shape becomes acheilary. Column contains the anther at the top, stigma in the middle and gynoesium at the bottom.


Pada kebiasaanya pokok-pokok yang dihasilkan dari biji benih mengambil masa 1-3 tahun untuk matang, manakala pokok-pokok yang dihasilkan dari bahan keratan tampang mengambil masa antara 4-12 bulan bergantung kepada saiz dan pokok induk dari mana keratan tersebut di ambil.
Trees  usually produced from seeds take 1-3 years to mature, while trees produced from the cuttings takes between 4-12 months depending on the size and the parent tree from which the cuttings taken.




Kesimpulan:

Seorang penterjemahn perlu mempunyai pengetahuan am tentang pelbagai bidang. Selain itu, banyakkan  membaca untuk menambah pengetahuan dalam pelbagai bidang. Membuat persediaan awal supaya terjemahan pandang dapat berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment