PENGGUNAAN
GENKIMO DALAM MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN
KELESTARIAN PERTANIAN
GENKiMO
adalah satu lagi Teknologi Hijau yang telah terbukti dapat membantu industri
pertanian Negara bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat melalui pengwujudan
satu sistem penternakan dan pertanian mesra alam dan masyarakat. Melalui sistem
ini tidak akan ada lagi masalah bau dan lalat daripada aktiviti ladang-ladang
ternakan. Tanah-tanah pertanian dapat ditingkatkan kesuburannya dan ini
sekaligus dapat meningkatkan hasil dan pendapatan petani. Bahan buangan
industri pertanian dapat dikitar semula dan diproses menjadi bahan yang
mempunyai nilai tambah seperti makanan ternakan dan baja bio-organik. Melalui
sistem ini, pertanian lestari yang membudayakan Teknologi Hijau sebagai sebahagian
konsep Pertanian Putih di dalam kehidupan dapat dibangunkan bagi kebaikan
seluruh masyarakat dan lebih-lebih lagi ke arah menyediakan alam sekitar yang
lebih terjamin kepada generasi akan datang.
Baja
bio-organik yang bermutu tinggi boleh dihasilkan daripada bahan-bahan kumuhan
seperti tinja-tinja ternakan, lebihan makanan ternakan, bahan buangan pertanian
dan lain-lain. Pemprosesan baja bio-organik telah mula diusahakan berabad yang
lalu dengan berbagai kaedah tradisional. Kini, dengan berkembangnya kaedah
bioteknologi, penggunaan mikroorganisma efektif atau bakteria berkesan atau
bakteria baik telah diperkenalkan. Produk mikrobial probiotik GENKiMO atau
bakteria berkesan yang dihasilkan oleh MARDI dan dipasarkan melalui Syarikat
Dazzling Destiny Sdn. Bhd. Bakteria berkesan
telah diterima pakai oleh banyak pihak bagi penghasilan baja bio-organik
berasaskan tinja ternakan mahupun bahan buangan industri sawit seperti shredded
EFB (empty fruit bunch). Kewujudan teknologi GENKiMO juga telah membuka ruang
baru dalam perniagaan dan memberi peluang perniagaan memandangkan pada
kepentingannya dalam memelihara alam sekitar. GENKiMO ialah sejenis produk
bioteknologi yang bermaksud “mikroorganisma probiotik yang sihat”. Ia adalah
sejenis bahan probiotik yang mengandungi mikroorganisma hidup yang
kebanyakannya terdiri daripada jenis mikroorganisma yang kecil dan bersel satu
seperti lactobacillus, yis dan bakteria fototropik. GENKiMO dihasilkan melalui
proses fermentasi dan pencirian secara semulajadi yang mengunakan 100% bahan
daripada persekitaran tempatan. Kandungan bakteria berfaedah/efektif, enzim dan
aisd-asid organan membantu dalam meningkatkan kesihatan dalaman ternakan,
meningkatkan kualiti persekitaran, meningkatkan daya tumbesaran tumbuhan dan
ketahanan kepada penyakit, mempercepatkan daya pereputan bahan organik,
mengembalikan kesuburan tanah, meningkatkan daya serapan nutrient oleh akar
tumbuhan, meningkatkan daya rintang terhadap penyakit dan lan-lain.
Faedah
Penggunaan GENKiMO
Penggunaan
GENKiMO di dalam penghasilan baja bio-organik telah mendapat perhatian ramai
disebabkan kesannya yang amat baik terhadap prestasi tanaman seperti rumput
pastura, tanaman kelapa sawit, padi, jagung, koko, karas, roselle dan
lain-lain. Disamping baja bio-organik tersebut dapat meningkatkan kesuburan
tanah, teknologi GENKiMO ini juga didapati dapat meningkatkan ketahanan pokok
terhadap serangan serangga dan penyakit selain penggunaan baja bio-organik ini
memerlukan jumlah penggunaan yang kurang berbanding baja-baja organik lain.
Selain daripada itu, keperluan baja kimia dapat dikurangkan sehingga separuh
daripada keperluan asal dan ini dapat memberi penjimatan kos yang besar
terhadap satu-satu projek pertanian.
Jenis-Jenis produk GENKiMO
Bahan
aktif probiotik yang terdapat dalam GENKiMO bertindak secara efektif dan
berkesan bagi penambahbaikan penghasilan silaj, sebagai minuman probiotik dan
makanan aditif ternakan (lembu/kambing/biri-biri/ayam/itik/akuakultur), bahan
penambahbaikan penghasilan baja bio-organik (kompos), agen penyahbau busuk dan
lalat, dan agen penambahbaikkan dalam pertanian.
1.
GENKiMO Fauna
-
Sebagai bahan probiotik dalam minuman dan makanan ternakan. Mengandungi
bakteria asid laktik, yis dan bakteria fototropik.
2.
GENKiMO-Odor removal
-
Digunakan bagi mengatasi masalah pencemaran bau dan lalat pada ladang-ladang
ternakan, persekitaran dan kawasan pelupusan sampah.
3.
GENKiMO-Flora
-
Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman/tumbuh-tumbuhan.
4.
GENKiMO-Composeed
-
Mengandungi koloni bakteria terpilih pengurai bahan organik dan pengaktif
mikrobial tanah dan vitamin tanah serta bakteria berfaedah seperti Trichoderma
dan Mycorrhizae.
5.
GENKiMO-Bio
-
Bahan aditif makanan ternakan mengandungi probiotik, bakteria efektif terpilih,
enzim dan asid amino.
Kajian kesan penggunaan baja bio ESPEK
Livestock ke atas prestasi tanaman jagung. Gambar menunjukkan keadaan
pokok-pokok jagung yang di tanam di atas tanah berpasir yang menggunakan 100%
organik iaitu hanya menggunakan baja bio-organik GENKiMO. Daripada analisa yang
dibuat, menunjukkan pokok jagung tersebut tumbuh dengan amat baik. Keadaan buah
jagung juga menunjukkan prestasi yang baik, namun begitu adalah dicadangkan
agar menggunakan sedkit tambahan baja NPK Blue (12:12:17) bagi mencapai tahap
yang lebih baik.
Pertumbuhan
akar menunjukkan pengakaran yang amat baik bagi tumbuh-tumbuhan (Gambar).
Selain daripada penggunaan baja bio organik, semburan dengan GENKiMO Flora pada
pencairan 1:700 dilakukan sekali pada setiap minggu.
Hasilnya
juga menunjukkan bahawa tanaman jagung tersebut bebas sepenuhnaya daripada
serangan penyakit dan serangga. Setelah penuaian hasil dilakukan, peratus
purata berat batang jagung adalah 1.6kg/batang berbanding jagung biasa pada
0.5kg/batang. Menggunakan andaian ini, adalah boleh dianggarkan bahawa jumlah
batang jagung yang boleh dituai untuk penghasilan makanan ternakan ialah
sebanyak 84.8 MT setiap musim berbanding hanya 26.5 MT bagi tanaman jagung
biasa setiap musim. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 220%.
Situasi: Diminta menjadi jurucakap bagi pihak Syarikat
Dazzling Destiny Sdn. Bhd. untuk lawatan pelabur dari luar negara bagi melihat
dan mendengar tentang produk pertanian GENKiMO.
Masalah yang dihadapi:
Ayat yang panjang.
Teks Sumber
|
Terjemah Pandang
|
Cadangan
|
Catatan
|
Tanah-tanah pertanian dapat ditingkatkan kesuburannya dan ini
sekaligus dapat meningkatkan hasil dan pendapatan petani serta bahan buangan
industri pertanian dapat dikitar semula dan diproses menjadi bahan yang
mempunyai nilai tambah seperti makanan ternakan dan baja bio-organik
|
The fertility of Agricultural lands can be improved and can increase
the yield and income of farmers.
Industrial waste can be recycled and processed into value-added
materials such as animal feed and bio-organic fertilizer.
|
||
Kandungan bakteria berfaedah/efektif, enzim dan asid-asid organan
membantu dalam meningkatkan kesihatan dalaman ternakan, meningkatkan kualiti
persekitaran, meningkatkan daya tumbesaran tumbuhan dan ketahanan kepada
penyakit, mempercepatkan daya pereputan bahan organik, mengembalikan
kesuburan tanah, meningkatkan daya serapan nutrient oleh akar tumbuhan,
meningkatkan daya rintang terhadap penyakit dan lain-lain.
|
Effective bacterial content, enzymes and organic acid help to improve
internal health of livestock, environmental quality, enhance plant growth and
resistance to disease. It can also accelerate the decomposition of organic
matter, restore soil fertility, improve nutrient absorption by the roots,
enhance resistance to disease and etc.
|
||
Disamping baja bio-organik tersebut dapat meningkatkan kesuburan
tanah dan teknologi GENKiMO ini juga didapati dapat meningkatkan ketahanan
pokok terhadap serangan serangga dan penyakit selain penggunaan baja
bio-organik ini memerlukan jumlah penggunaan yang kurang berbanding baja-baja
organik lain.
|
In addition, the bio-organic fertilizer can improve soil fertility.
GENKiMO technology is also found to increase plant resistance to insect and
disease and use of bio-organic fertilizer require less amount than other
organic fertilizers.
|
Padanan Istilah Dalam Bahasa Sasaran
GENKiMO adalah satu lagi Teknologi Hijau yang telah terbukti dapat membantu Industri Pertanian Negara bagi meningkatkan kualiti
kehidupan rakyat melalui pengwujudan satu sistem penternakan dan pertanian
mesra alam dan masyarakat
|
GENKiMO is the acronym for the
Effective Microbes or good bacteria is another Green
Technology that has been proven to help National
Agricultural Industry to improve quality of life through the creation
of a system of farming and green agriculture and society.
|
||
pertanian lestari yang membudayakan
Teknologi Hijau sebagai sebahagian konsep Pertanian
Putih di dalam kehidupan dapat dibangunkan bagi kebaikan seluruh
masyarakat dan lebih-lebih lagi ke arah menyediakan alam sekitar yang lebih
terjamin kepada generasi akan datang.
|
Conservative/sustainable agriculture
which uses the green technology as one of the White
Agriculture concept be developed for the benefit of the whole
community provide a more secure environment for generations to come.
|
||
Produk mikrobial probiotik GENKiMO atau bakteria
berkesan yang dihasilkan
oleh MARDI
|
GENKiMO microbial probiotic product or effective
micro organism produced
by MARDI
|
||
Bahan
aktif probiotik yang terdapat dalam GENKiMO bertindak
secara efektif dan berkesan bagi penambahbaikan penghasilan silaj, sebagai
minuman probiotik dan makanan aditif
ternakan
|
The probiotic active material which found
in GENKIMO act effectively and efficiently
to improve the production of silage/wastelage, probiotic drink and animal feed additives
|
||
Mengandungi
bakteria asid laktik, yis dan bakteria
fototropik.
|
Consists
of lactic acid bacteria, yeast and phototropic bacteria.
|