ORKID
Teks Tumbuh-Tumbuhan BM-BI
Orkid tergolong dalam keluarga Orchidaceae
iaitu famili yang mempunyai banyak perbezaan dari segi bentuk bunga dan pokok
bagi menentukan genus dan spesies. Terdapat lebih daripada 111 genus dan 808
spesies orkid di Malaysia.
Pada amnya, pokok orkid boleh dikenali
melalui bentuk bunga, akar, daun dan batangnya. Walau bagaimanapun, bunga
adalah bahagian pokok yang paling sesuai digunakan atau dilihat untuk
mengenalpasti genus tanaman orkid. Secara umum, orkid komersil boleh dikelaskan
kepada dua jenis kumpulan yang besar, iaitu orkid simpodium dan monopodium.
Simpodium adalah cara pertumbuhan yang
berakhir dengan pengeluaran bunga. Orkid dalam kumpulan ini boleh tumbuh sama
ada di atas pokok (epifit) atau di atas tanah (terestrial). Batang pokok berbentuk
seperti bebawang semu, menjalar dan mempunyai pertumbuhan dua atau berbagai
hala. Ia mempunyai bebawang semu yang panjang beruas-ruas atau pendek tanpa
beruas. Akar dan daun akan terbit daripada bebawang semu manakala tunas baru
pula akan mengeluarkan bunga apabila matang. Genus-genus orkid komersil yang
terdapat di dalam kumpulan simpodium ialah Oncidium, Cattleya dan Dendrobium.
Monopodium adalah cara pertumbuhan yang
tidak berakhir dengan pengeluaran bunga. Batangnya kecil dan diliputi oleh
upih-upih daun. Akar udara yang keluar daripada batang terpaksa menembusi upih
daun. Batang orkid monopodium tidak bercabang dan boleh mengeluarkan
tunas-tunas baru selepas dipotong. Keratan batang kemudian di tanam di dalam
pasu di atas tanah yang tidak lembab. Genus-genus komersil yang terdapat di
dalam kumpulan monopodium ialah Venda, Arachnis, Renanthera, Aranda dan Mokara.
Bunga orkid adalah daripada sepal, petal,
stamen dan pistil yang mempunyai daun urat selari. Gabungan stamen dan pistil
dinamakan kolum. Di bahagian luar sepusar bunga ada tiga kelopak sepal manakala
di sebelah dalamnya pula terdapat dua kelopak petal.
Kelopak petal ketiga berubah bentuk menjadi labelum atau bibir. Kolum mengandungi cepu debunga di bahagian atas, stigma di bahagian tengah dan benang sari di bahagian bawah. Debunga terletak dalam pundi yang dipanggil polinia dalam bilangan yang genap 2-12. Ovari terletak bawah sepal dan berfungsi sebagai tangkai bunga atau pedisel. Setelah persenyawaan, ovari akan membesar menjadi buah orkid yang mengandungi biji benih.
Penghasilan bunga banyak bergantung kepada
keadaan 'photoperiodic' dan suhu sekitaran. Untuk orkid Dendrobium, Oncidium,
Cattleya dan Phalaenopsis, pokok akan terangsang untuk berbunga selepas
terdedah kepada masa gelap/malam yang panjang. Oleh itu, pokok orkid jenis
tersebut perlu naungan untuk menggalakkan pengeluar orkid jenis Aranda,
Aranthera, Arachnis, Mokara, Renanthera dan Vanda akan hanya terangsang
mengeluarkan bunga setelah di dedahkan kepada matahari sepenuhnya. Oleh itu,
orkid jenis ini tidak memerlukan naungan pada peringkat matang.
Jangkamasa matang bagi setiap orkid
berbeza-beza antara genus, spesis, hibrid dan jenis bahan tanaman yang
digunakan. Ia bergantung kepada sifat-sifat semulajadi bahan genetik yang
terdapat dalam setiap jenis dan varieti. Pada kebiasaanya pokok-pokok yang
dihasilkan dari biji benih mengambil masa 1-3 tahun untuk matang, manakala
pokok-pokok yang dihasilkan dari bahan keratan tampang mengambil masa antara
4-12 bulan bergantung kepada saiz dan pokok induk dari mana keratan tersebut di
ambil.
Menanam orkid adalah satu hobi yang
menarik, menceriakan dan terapeutik sekiranya kita memahami ciri-ciri dan
keperluan spesifik jenis orkid yang ditanam. Terdapat beberapa faktor asas yang
perlu diambil kira untuk mencapai kejayaan di dalam penanaman bunga orkid.
Namun, ramai yang lebih suka membeli dari menanamnya.
Pada kebiasaannya, kecantikan bunga
merupakan kriteria utama bagi peminat orkid apabila membeli orkid. Membeli
pokok orkid yang sedang berbunga merupakan satu panduan penting. Walaupun
harganya agak mahal, namun, kita dapat mengetahui bahawa pokok itu sudah matang
dan sekira dijaga dengan baik ianya akan berbunga lagi. Tambahan pula, jenisnya
dapat diketahui dan ini memudahkan bagi penyediaan keperluan penjagaan kerana
setiap jenis orkid berbeza keperluannya.
Fungsi dan Kegunaan Pokok Orkid
Jualan orkid berpasu
Jualan keratin bunga
Jualan orkid pada pasu gantung
Hiasan majlis rasmi
Hiasan halaman rumah
Hadiah
Kaedah Pembiakan Orkid
Guna biji benih
Guna keratin
Guna belahan rumpun
Guna kultur tisu
Cara Menanam Orkid
Masukkan separuh ketulan batu bata, arang
kasar dan sabut kelapa ke dalam pasu
Letakkan anak pokok orkid di tengah pasu
Masukkan ketulan batu bata, arang kasar dan
sabut kelapa hingga ¾ ke dalam pasu
Siram (dua kali sehari bila cuaca panas)
(bila hujan tidak perlu disiram)
Situasi: Pesta Floral Putrajaya yang berlangsung dari 22 –
30 Jun 2013. Temanya ialah orkid yang merupakan khazanah tropika.
Masalah yang dihadapi oleh kumpulan kami semasa menterjemah
pandang:
Ayat yang panjang.
Contoh:
Teks Sumber
|
Terjemah Pandang
|
Cadangan
|
Catatan
|
Pada amnya, pokok orkid boleh dikenali melalui bentuk bunga, akar,
daun dan batangnya. Walau bagaimanapun, bunga adalah bahagian pokok yang
paling sesuai digunakan atau dilihat untuk mengenalpasti genus tanaman orkid.
Secara umum, orkid komersil boleh dikelaskan kepada dua jenis kumpulan yang
besar, iaitu orkid simpodium dan monopodium.
|
Orchid trees can be known through the form of flowers, roots, leaves
and stem costs. However, flowers are the perfect to identify the genus of the
orchids. Generally, commercial orchid can be classified into two, simpodium
and monopodium.
|
||
Menanam orkid adalah satu hobi yang menarik, menceriakan dan
terapeutik sekiranya kita memahami ciri-ciri dan keperluan spesifik jenis
orkid yang ditanam.
|
Planting orchid is an interesting hobby, if we understand the needs
of specific types of cultivated orchids.
|
||
Fungsi dan Kegunaan Pokok Orkid
Jualan orkid berpasu
Jualan keratin bunga
Jualan orkid pada pasu gantung
Hiasan majlis rasmi
Hiasan halaman rumah
Hadiah
|
Uses Of Orchid Plants
Sales
Decoration
Gift
|
Padanan istilah dalam bahasa sasaran
Teks Sumber
|
Terjemah Pandang
|
Cadangan
|
Catatan
|
Batang pokok berbentuk seperti bebawang semu,
menjalar dan mempunyai pertumbuhan dua atau berbagai hala. Ia mempunyai bebawang semu yang panjang beruas-ruas atau pendek tanpa
beruas.
|
Trees shaped like a pseudo bulbs are,
grow up and have double or multiple. It has a pseudo
bulbs are long segmental box or short without segmental.
|
||
Monopodium adalah cara pertumbuhan yang tidak berakhir dengan
pengeluaran bunga. Batangnya kecil dan diliputi oleh upih-upih
daun. Akar udara yang keluar daripada
batang terpaksa menembusi upih daun.
|
Monopodium is the way growth does not end with the production of
flowers. Lower stem small and covered by leaf sheath.
Air root out of the trunk had to penetrate leaf sheath.
|
||
Bunga orkid adalah daripada sepal, petal,
stamen dan pistil yang mempunyai daun urat
selari. Gabungan stamen dan pistil dinamakan kolum. Di bahagian luar sepusar bunga ada tiga kelopak sepal manakala di sebelah dalamnya pula terdapat dua
kelopak petal.
|
The orchid flower is from calyx, petal,
stamens and pistils which has parallel vein. A
combination of their stamens and pistils in spirals as the column. On the
outside anisomerous has three calyx while next to it, there are two shade petals.
|
||
Kelopak petal ketiga berubah bentuk menjadi labelum
atau bibir. Kolum mengandungi cepu debunga di
bahagian atas, stigma di bahagian tengah dan benang
sari di bahagian bawah.
|
The third petal shape becomes acheilary.
Column contains the anther at the top, stigma
in the middle and gynoesium at the bottom.
|
||
Pada kebiasaanya pokok-pokok yang dihasilkan dari biji benih
mengambil masa 1-3 tahun untuk matang, manakala pokok-pokok yang dihasilkan
dari bahan keratan tampang mengambil masa
antara 4-12 bulan bergantung kepada saiz dan pokok
induk dari mana keratan tersebut di ambil.
|
Trees usually produced from
seeds take 1-3 years to mature, while trees produced from the cuttings takes between 4-12 months depending on the
size and the parent tree from which the
cuttings taken.
|
Kesimpulan:
Seorang penterjemahn perlu mempunyai pengetahuan am tentang
pelbagai bidang. Selain itu, banyakkan membaca untuk menambah pengetahuan dalam
pelbagai bidang. Membuat persediaan awal supaya terjemahan pandang dapat
berjalan dengan lancar.